Hubungan antara gaya keibubapaan, tingkah laku ketagihan pornografi dan kepuasan hidup dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia

Nur Aina Najiehah Tarmizi, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, (2022) Hubungan antara gaya keibubapaan, tingkah laku ketagihan pornografi dan kepuasan hidup dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
244kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Gaya keibubapaan permisif, autoritatif dan autoritarian menjadi kunci utama untuk mendidik anak-anak dan membentuk mereka menjadi individu yang berkelakuan positif. Namun, anakanak masih lagi terdedah kepada tingkah laku ketagihan pornografi jika tidak dipantau oleh ibu bapa di rumah. Cara didikan ibu bapa yang kurang berkesan akan menyebabkan anakanak berisiko untuk terdedah kepada ketagihan pornografi. Ini boleh mempengaruhi kepuasan hidup individu dalam proses perkembangan mereka. Oleh yang demikian, kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara gaya keibubapaan, tingkah laku ketagihan pornografi dan kepuasan hidup dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Bagi mengkaji hubungan antara pemboleh ubah tersebut, pengkaji menggunakan kaedah survei yang melibatkan borang soal selidik daripada 3 inventori telah diedarkan kepada responden kajian. Inventori-inventori tersebut adalah Parenting Authority Questionnaire (PAQ), Pornography Addiction Screening Tool (PAST) dan Satisfaction with Life Scale (SWLS). Jumlah keseluruhan bagi responden kajian adalah seramai 401 orang. Responden terdiri daripada 117 mahasiswa lelaki dan 224 mahasiswa perempuan. Data diperoleh daripada kutipan borang soal selidik telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 25. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan signifikan di antara gaya keibubapaan dan tingkah laku pornografi, manakala hubungan negatif yang signifikan diperolehi di antara tingkah laku ketagihan pornografi dan kepuasan hidup. Selain daripada itu, keputusan juga mendapati tiada perbezaan signifikan gaya keibubapaan, tingkah laku ketagihan pornografi dan kepuasan hidup berdasarkan jantina. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada ibu bapa untuk sentiasa memberi perhatian terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak.

Item Type:Article
Keywords:Gaya keibubapaan; Tingkah laku ketagihan pornografi; Kepuasan hidup
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19454
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2022 03:12
Last Modified:22 Aug 2022 01:43

Repository Staff Only: item control page