Pandangan terhadap fahaman politik kepartian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Wan Noor Intan Sofea Wan Abdul Hadi, and Junaidi Awang Besar, (2022) Pandangan terhadap fahaman politik kepartian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
325kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Politik kepartian berlaku di Malaysia dengan kewujudan pelbagai parti politik yang mewarnai kehidupan masyarakat. Pemahaman berbeza mengenai matlamat dan ideologi biasanya membabitkan parti pemerintah dan pembangkang. Politik perpaduan penting bagi proses pembinaan negara dilakukan dengan lebih baik tanpa sebarang gangguan sosial. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis fahaman politik kepartian dalam kalangan pengundi di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati 80 peratus mengetahui maksud fahaman politik kepartian. Responden mengetahui tentang fahaman politik kepartian memandangkan mereka mempunyai pengetahuan politik yang mendalam dan mempunyai kesedaran bahawa fahaman setiap parti mendatangkan banyak kebaikan terutamanya dalam pemilihan parti yang betul-betul layak ketika pilihan raya. Seterusnya,78 peratus responden berpendapat bahawa fahaman politik kepartian adalah penting dan harus ada dalam diri seseorang manakala 22 peratus lagi responden menyatakan sebaliknya. Responden bersetuju kerana bagi mereka fahaman politik kepartian adalah penting dalam membantu serta menentukan pilihan mereka dalam pilihan raya. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Item Type:Article
Keywords:Politik kepartian; Parti politik; Pengundi; Pilihan politik; Fahaman
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19455
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2022 03:21
Last Modified:22 Aug 2022 01:44

Repository Staff Only: item control page