Nur Hidayatul Hafizha Zainurul Hisham, and Noremy Md Akhir, (2022) Meneroka kesan psikososial terhadap mahasiswa baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501
|
PDF
220kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh golongan mahasiswa baharu tahun satu di semester pertama kerana perlu menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran secara dalam talian. Sepanjang penyebaran wabak COVID-19 melanda di negara ini, rakyat perlu menempuhi kehidupan dengan norma yang baharu.Hampir semua aktiviti perlu dijalankan melaluidalam talian. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk fenomenologidan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tematik analisis. Kajian ini telah melibatkan tujuh mahasiswa baharu tahun satu di semester pertama. Kajian ini juga telah dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Bangi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kesan psikososial mahasiswa dan telah menghasilkan sebanyak tujuh tema utama iaitu kesan emosi yang terganggu, masalah kemudahan dalam pembelajaran, ekonomi yang tidak stabil, komitmen, tiada sistem sokongan yang baik, pemikiran yang kurang kreatif dan tiada kemahiran komunikasi yang baik. Implikasi terhadap dasar dan bidang ilmu adalah kajian ini mampu untuk membangunkan sistem sokongan psikososial di setiap universiti supaya dapat diuruskan dengan lebih teratur dan sistematik serta dapat meningkatkan penyelidikan bidang ilmu kerja sosial. Kajian yang terhasil ini diharapkan dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pihak yang berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan kepada pengkaji akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesan psikososial; Mahasiswa; Pandemik COVID-19; Universiti; Emosi |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 19456 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Aug 2022 03:33 |
Last Modified: | 22 Aug 2022 01:46 |
Repository Staff Only: item control page