Makna perkahwinan daripada perspektif wanita Cina yang melewatkan perkahwinan

Goh, Wei Sing and Azlina Abdullah, (2022) Makna perkahwinan daripada perspektif wanita Cina yang melewatkan perkahwinan. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
221kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Dalam masyarakat tradisional, perkahwinan dilihat sebagai elemen yang penting dalam sosialisasi masyarakat melalui pembentukan hubungan antara dua keluarga selain mengukuhkan tali persaudaraan. Bagi masyarakat Cina, perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya kerana institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan makna perkahwinan dari perspektif wanita Cina yang melewatkan perkahwinan di Pulau Pinang. Informan kajian terdiri daripada enam orang wanita Cina yang berumur 30 tahun ke atas, dan belum pernah berkahwin. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Temu bual separa berstruktur digunakan untuk mendapat maklumat daripada wanita yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa makna perkahwinan dalam kalangan wanita Cina yang melewatkan perkahwinan adalah (i) mendapat teman hidup; (ii) dua orang menjalankan kehidupan bersama; (iii) tanggungjawab; dan (iv) meneruskan keturunan keluarga. Majoriti daripada informan kajian telah menyatakan makna perkahwinan adalah mendapat teman hidup. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa kepentingan dan keperluan perkahwinan yang ditekankan dalam masyarakat Cina telah berubah, wanita Cina masa kinimerasakan bahawa mereka tidak semestinya perlu berkahwin walaupun mencapai usia yang tertentu.

Item Type:Article
Keywords:Wanita; Kahwin lewat; Makna perkahwinan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19457
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2022 03:45
Last Modified:22 Aug 2022 01:46

Repository Staff Only: item control page