Perhubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik mahasiswa sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Nasiruddin Nakur Ali, and Nik Hairi Omar, (2022) Perhubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik mahasiswa sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
255kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kualiti tidur adalah penting dalam memastikan kesihatan fungsi minda yang penting. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan kualiti tidur ke atas prestasi akademik. Pelbagai spekulasi wujud dalam menyatakan hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik pelajar institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti dan meningkatkan kefahaman semua pihak tentang hubungan kualiti tidur dan prestasi akademik. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa sarjanamuda Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif dan untuk mengkaji hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik. Sejumlah 425 pelajar dari semua fakulti diUKM telah dijadikan responden dan menjawab tinjauan soalselidik mengenai kualiti tidur mereka (Pittsburgh indeks kualiti tidur, PSQI) dan CGPA. Kajian ini dilakukan pada pertengahan semester untuk mengawal faktor tekanan daripada mempengaruhi kualiti tidur pelajar. Perbezaan faktor demografi dalam kualiti tidur pelajar juga dikaji dan hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi dalam kualiti tidur pelajar sarjana muda UKM. Penyelidik juga telah mengkaji dan meneliti arah hubungan bagi corak tidur dan prestasi akademik bagi mengenalpasti corak tidur yang sesuai bagi prestasi akademik yang optimum. Akhir sekali, kajian ini juga akan mengkaji hubungan antara disfungsi siang hari dan prestasi akademik. Hasil kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kualiti tidur, disfungsi siang hari serta corak tidur dengan prestasi akademik.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti tidur; Prestasi akademik; Disfungsi siang hari; Corak tidur; Faktor demografi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19458
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2022 03:58
Last Modified:22 Aug 2022 01:47

Repository Staff Only: item control page