Motif alam dan tumbuhan dalam seni ukiran kayu Melayu di Besut Terengganu

Nurul Shakira Ahmad Asri, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2022) Motif alam dan tumbuhan dalam seni ukiran kayu Melayu di Besut Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-8. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
205kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kajian ini mengenai motif alam dan tumbuhan dalam seni ukiran kayu Melayu di Besut, Terengganu. Seni ukiran kayu merupakan hasil tukangan tangan dan warisan turun temurun masyarakat Melayu yang bernilai tinggi. Masyarakat Melayu berpegang kuat dengan penghasilan ukiran dengan menggunakan alam sebagai ilham untuk mencurahkan perasaan sehingga menghasilkan satu motif yang indah. Motif yang terhasil bukan sahaja tertumpu kepada keindahannya sahaja tetapi mampu memberi kefahaman dan maksud tersendiri agar tersampaikan kepada pengukir dan masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dapat menghasilkan para pengukir handal yang mempunyai kreativiti dalam mengukir kayu. Permasalahan kajian ini mengenai kenapa pengukir memilih motif alam dan tumbuhan sebagai elemen motif utama dalam menghasilkan ukiran kayu. Objektif kajian ini adalah menjelaskan motif alam dan tumbuhan dalam seni ukiran kayu Melayu di Besut, Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian lapangan dan kajian keperpustakaan untuk menguatkan lagi pengumpulan data yang dibuat. Kajian lapangan melibatkan pemerhatian serta temu bual bersama pengukir kayu. Kajian keperpustakaan pula dijalankan untuk menyokong dengan data bersifat sekunder. Kajian lapangan dijalankan di Besut Terengganu. Hasil kajian ini mendapati penggunaan motif tumbuhan dalam seni ukiran kayu. Terdapat lima bahagian dalam motif tumbuhan yang sering menjadi tumpuan dalam membuat ukiran seperti bunga, batang, daun, pucuk dan buah. Keberhasilan sesuatu ukiran bergantung kepada kebolehan dan kemahiran dalam mendalami teknik ukiran untuk mewujudkan satu bentuk ataupun corak yang kreatif berdasarkan penggunaan motif.

Item Type:Article
Keywords:Seni ukiran kayu; Warisan; Motif; Tumbuhan; Masyarakat Melayu
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19461
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2022 04:24
Last Modified:22 Aug 2022 01:50

Repository Staff Only: item control page