Pembentukan kerajaan Persekutuan majoriti Melayu dan impaknya terhadap tingkah laku politik di kawasan DUN Kajang, Selangor

Muhammad Amirul Fazli Mohd Redwan, and Junaidi Awang Besar, (2022) Pembentukan kerajaan Persekutuan majoriti Melayu dan impaknya terhadap tingkah laku politik di kawasan DUN Kajang, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
352kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan berfokuskan kepada kedaulatan dan kebebasan rakyat yang mempunyai peranan penting untuk memilih kerajaan di negara ini. Trend pengundian yang berjalan di negeri Selangor boleh dikatakan kian berubah semenjak dahulu lagi dan perubahan yang dilihat sangat ketara ialah ketika Pilihan Raya Umum 2008 apabila Barisan Nasional mengalami kekalahan yang terbesar di negeri tersebut apabila hanya memenangi 19 daripada 56 buah kerusi yang dipertandingkan. Kekalahan tersebut menyebabkan pemerhati politik tanah air menggelarkannya sebagai “Tsunami Politik” terutamanya dalam kalangan pengundi berbangsa Cina. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pembentukan Kerajaan Persekutuan majoriti Melayu dan impaknya terhadap tingkah laku politik responden di Kawasan DUN Kajang, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik di lapangan dan rujukan sumber sekunder bagi menyokong lagi hasil kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati media cetak yang mendapat pilihan tertinggi untuk dijadikan sebagai rujukan bagi mendapatkan maklumat terutamanya perkembangan tempatan serta politik tanah air adalah Berita Harian dengan peratusan sebanyak 76 peratus diikuti oleh Utusan Malaysia sebanyak 72 peratus serta yang ketiga tertinggi ialah Harian Metro sebanyak 54 peratus. Pada peringkat parlimen, sebanyak 58% daripada responden telah mengundi parti Barisan Nasional yang mana bagi peringkat DUN juga sebanyak 58 peratus responden telah mengundi Barisan Nasional. Sokongan yang diberikan ini adalah disebabkan faktor seperti peningkatan nilai terhadap pemberian BR1M disamping terdapat juga masyarakat yang masih yakin terhadap pemerintahan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan. Justeru itu, hasil yang diperolehi daripada kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pihak yang berkaitan terutamanya golongan ahli politik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada supaya mampu mengekalkan sokongan yang diperolehi daripada rakyat setempat.

Item Type:Article
Keywords:Sistem demokrasi; Pilihan raya umum; Tingkah laku politik; Tanah air; Ahli politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19462
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2022 04:32
Last Modified:22 Aug 2022 01:54

Repository Staff Only: item control page