Penghasilan filem selulosa terjana semula : suatu ulasan

Nur Fathihah Jafri, and Kushairi Mohd Salleh, and Sarani Zakaria, and Nur Jannah Md Hassan, (2022) Penghasilan filem selulosa terjana semula : suatu ulasan. Sains Malaysiana, 51 (5). pp. 1525-1543. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
974kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil5_...

Abstract

Filem selulosa terjana semula (FSTS) merupakan produk yang dijana semula daripada selulosa terlarut secara interaksi fizikal mahupun kimia. Sifat fizikal, mekanikal dan kimia FSTS bergantung kepada jenis pelarut yang digunakan terhadap selulosa, agen penggumpalan, teknik penuangan serta kaedah pengeringan. Pembentukan FSTS sangat bergantung kepada keterlarutan selulosa serta proses penjanaan semulanya. Oleh itu, mekanisma pembubaran di dalam pelarut terbitan dan tak-terbitan yang terpilih serta agen penggumpal seperti air, campuran air dan aseton, asid sulfurik, medium berasaskan sulfat seperti ammonium sulfat dan gabungan di antara dua kumpulan alkohol dan dua kumpulan ester akan ditekankan dalam ulasan kajian ini. Selain itu, kecenderungan aplikasi FSTS yang terhasil berdasarkan pelarut dan agen penggumpal yang berbeza juga diulas.

Item Type:Article
Keywords:Keterlarutan; Mekanisme pembubaran; Pelarut terbitan; Pelarut tak-terbitan; Penggumpalan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:19485
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Aug 2022 01:50
Last Modified:26 Aug 2022 02:30

Repository Staff Only: item control page