Elemen dan karakter fizikal di kawasan kaki lima rumah kedai Jalan Tuanku Abdul Rahman

Nurfakhira Hanis Ahmad Nori, and Mohd Iskandar Abd Malek, and Noorsaidi Mahat, (2021) Elemen dan karakter fizikal di kawasan kaki lima rumah kedai Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 14 (1). pp. 8-24. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
777kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti serta mengkaji secara kritis hubungan antara rumah kedai vernakular dan kontemporari untuk memahami rekabentuk rumah kedai serta kaki lima yang respon kepada konteks setempat. Usaha pemuliharaan tentang rumah kedai vernakular tidak berlaku secara menyeluruh kerana hanya fasad bangunan sahaja ditekankan dalam agenda pemuliharaan bandar sedia ada. Terdapat elemen warisan lain yang tidak diambil berat antaranya ialah kaki lima. Deretan Rumah kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman telah dipilih untuk menjalan kajian terhadap penggunaan dan karakter fizikal I kawasan kaki lima rumah kedai. Kajian kes ini dipilih kerana merupakan fabrik bandar rumah kedai lama serta mempunyai kepentingan dan keistimewaan sejarah yang tersendiri. Kajian ini mengaplikasikan kaedah metodologi kualitatif dimana ia melibatkan beberapa teknik kajian iaitu kajian kes, pemerhatian di tapak kajian serta kajian literatur. Teknik pemerhatian dianalisa secara kualitatif di mana pendekatan pemerhatian berstruktur digunakan. Dengan itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh ini dapat menjadi panduan kepada badan-badan profesional serta pihak berkuasa tempatan dalam memahami kepentingan ruang kaki lima di rumah kedai yang menyumbang kepada karakter tempat dan identiti setempat di Malaysia amnya.

Item Type:Article
Keywords:Rumah kedai; Kaki lima; Jalan Tunku Abdul Rahman; Karakter fizikal
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19494
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Aug 2022 07:01
Last Modified:26 Aug 2022 08:25

Repository Staff Only: item control page