Tipologi bangunan seni bina Melayu moden di Malaysia

Azmal Sabil, and Nasrul Arif Ahmad Mahmud, and Nadiyah Noor Hisham, and Nayeem Asif, (2021) Tipologi bangunan seni bina Melayu moden di Malaysia. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 14 (1). pp. 114-130. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
620kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Pengadaptasian nilai reka bentuk seni bina Melayu tradisional kepada bangunan moden telah diwartakan sebagai salah satu jalan di dalam membina bahasa identiti seni bina kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di dalam ‘Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina’ pada tahun 1981. Sungguhpun mendapat galakan daripada kerajaan, jumlah pembangunan reka bentuk bangunan baru yang mengadaptasi nilai warisan seni bina Melayu tradisional masih kecil, malah daripada jumlah yang kecil ini, hanya segelintir daripadanya diklasifikasi mempunyai kualiti reka bentuk yang baik. Di dalam kajian ini, penilaian dan klasifikasi dilaksanakan terhadap 12 buah bangunan seni bina Melayu moden di Malaysia; iaitu merujuk kepada bangunan moden di Malaysia yang direka bentuk dengan mengadaptasi nilai dan karakteristik yang wujud dalam bahasa seni bina Melayu tradisional dan juga warisan kesenian dan kebudayaan Melayu. Melaluinya, tipologi bangunan seni bina melayu moden dibentuk dari kerangka seni bina moden klasikal di Barat, di mana kesemua 12 buah bangunan ini telah diklasifikasi mengikut kerangka ini. Kajian ini diharap akan dapat memberi impak di dalam merevolusi pemikiran seni bina Melayu moden di masa akan datang, seterusnya menjadi jambatan kepada pembangunan identiti seni bina nasional yang lebih mapan dan komprehensif.

Item Type:Article
Keywords:Identiti seni bina kebangsaan; Seni bina Melayu moden; Tipologi
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19502
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Aug 2022 07:42
Last Modified:26 Aug 2022 08:36

Repository Staff Only: item control page