Penerapan elemen berpanggung kepada reka bentuk rumah teres di Malaysia untuk mencapai keselesaan terma melalui pengudaraan semula jadi

Khairul Anwar, and Mazlan Mohd Tahir, and Leong, Yin Chen and M. F. Bukhori, (2021) Penerapan elemen berpanggung kepada reka bentuk rumah teres di Malaysia untuk mencapai keselesaan terma melalui pengudaraan semula jadi. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 14 (1). pp. 163-173. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
358kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Kehendak kajian ini adalah mengenai kelebihan penggunaan elemen berpanggung dari segi pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan terma dalam reka bentuk rumah teres di Malaysia. Reka bentuk rumah teres pada masa ini mempunyai tahap kelestarian yang tidak memberangsangkan akibat dari kurangnya keselesaan terma yang dicapai. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kondisi tahap pengudaraan dan juga keselesaan terma di dalam reka bentuk seni bina moden rumah teres. Selain itu, kajian bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan yang boleh dirungkai dalam pembinaan elemen rumah yang berpanggung. Kesesuaian pembinaan elemen berpanggung juga akan dapat dikenalpasti dalam konteks persekitaran di Malaysia. Laporan penyelidikan ini akan memberikan justifikasi perkaitan yang rapat dalam elemen berpanggung, pengudaraan dan juga keselesaan terma dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu dan seni bina rumah teres. Kajian yang dilakukan adalah secara soal selidik dan juga pemerhatian. Dapatan kajian merumuskan bahawa elemen berpanggung dalam seni bina rumah teres moden berpotensi dalam mencapai tahap keselesaan terma yang tinggi melalui pengudaraan silang yang dihasilkan. Penggunaan elemen berpanggung sesuai untuk diterapkan dalam pembinaan senibina moden di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Rumah teres; Elemen berpanggung; Keselesaan terma; Pengudaraan semula jadi
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19505
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Aug 2022 07:56
Last Modified:26 Aug 2022 08:39

Repository Staff Only: item control page