Nazlina Ibrahim, and Jia, Hui Tai and Chee, Wai Yip and Norefrina Shafinaz Md Nor, (2022) Kesan penambahan minyak kelapa dara atau ekstrak aloe vera dalam meningkatkan aktiviti in vitro anti-HHV-1 goniothalamin. Malaysian Applied Biology, 51 (1). pp. 37-48. ISSN 0126-8643
|
PDF
998kB |
Official URL: https://jms.mabjournal.com/index.php/mab/issue/vie...
Abstract
Walaupun aktiviti antivirus goniothalamin (GTN) daripada akar Goniothalamus umbrosus, minyak kelapa dara (VCO) dan ekstrak aloe vera (AVE) pernah dilaporkan, namun aktiviti gabungan antaranya masih perlu ditentukan. Kajian ini bertujuan mengkaji kestabilan, kesitotoksikan serta keberkesanan GTN tulen, gabungan GTN dengan VCO (GTN+VCO) atau gabungan GTN dengan AVE (GTN+ AVE) terhadap jangkitan in vitro Human Herpes Virus 1 (HHV-1). Kestabilan GTN dapat ditingkatkan dengan signifikan (α<0.05) dengan penambahan VCO atau AVE walaupun terdapat penurunan kepekatannya. Nilai CC50 bagi GTN terhadap sel vero meningkat apabila digabungkan dengan VCO atau AVE, secara amnya mengurangkan kesitotoksikan. Penentuan aktiviti antivirus menggunakan ujian pengurangan plak terhadap sel Vero menunjukkan peningkatan nilai EC50 yang berasaskan kepekatan GTN. Nilai indeks selektif (SI) bagi GTN tulen (11.94), GTN+VCO (12.23) dan GTN+AVE (25.73) masing-masing. Mod tindakan aktiviti antivirus bagi ketiga-tiga bahan ujian adalah melalui pascarawatan iaitu lebih berkesan jika diberi selepas 2 jam sel dijangkitkan virus. Ketiga-tiga bahan ujian tidak mempunyai aktiviti melindungi sel terhadap jangkitan virus jika diprarawat dan juga tidak bersifat virusidal. Kesimpulannya, AVE dapat menstabilkan GTN dalam larutan dan GTN+AVE meningkatkan aktiviti anti-HHV-1, menjadikannya sesuai untuk dikaji sebagai agen anti-HHV-1 berasaskan tumbuhan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aktiviti antivirus; Ekstrak aloe vera; Goniothalamin; Kestabilan gabungan; Minyak kelapa dara |
Journal: | Malaysian Applied Biology Journal |
ID Code: | 19509 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Aug 2022 03:12 |
Last Modified: | 29 Aug 2022 00:56 |
Repository Staff Only: item control page