Kesan kepimpinan kebaktian terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi : komitmen organisasi sebagai pengantara

Nor Syamaliah Ngah, and Nor Liza Abdullah, and Mohamad Rohieszan Ramdan, and Zaleha Yazid, and Norhafizah Abu Hasan, (2022) Kesan kepimpinan kebaktian terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi : komitmen organisasi sebagai pengantara. Jurnal Pengurusan, 64 . pp. 1-17. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
655kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1530

Abstract

Tingkah laku kewarganegaraan organisasi merupakan elemen penting dalam aktiviti kesukarelawan dan ini dibuktikan oleh kajian-kajian masa kini yang banyak meninjau mengenai faktor-faktor yang merancakkan penglibatan sukarelawan. Tinjauan literatur menunjukkan tingkah laku kewarganegaraan dipengaruhi oleh faktor berkaitan ciri-ciri sukarelawan dan faktor organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan kebaktian dengan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (OCB) dalam kalangan sukarelawan. Berdasarkan Model Psikologi Persekitaran dan teori kepimpinan, kajian ini mencadangkan wujudnya hubungan langsung antara kepimpinan kebaktian dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi, serta hubungan tidak langsung melalui komitmen organisasi sebagai pengantara. Analisis regresi berbilang digunakan untuk menguji hipotesis berdasarkan data daripada 361 orang sukarelawan yang telah melibatkan diri dalam aktiviti sukarela secara aktif dalam tempoh lebih daripada setahun. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan langsung positif yang signifikan antara kepimpinan kebaktian dengan tingkah laku kewarganegaraan organisasi, serta komitmen organisasi berperanan sebagai pengantara penuh. Kajian ini menunjukkan stail kepimpinan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku kewarganegaraan organisasi dan ini perlu seiring dengan komitmen sukarelawan. Justeru itu dari perspektif amalan, pihak pengurusan organisasi kesukarelawan perlu memupuk gaya kepimpinan kebaktian melalui latihan-latihan yang sesuai untuk meningkatkan OCB sukarelawan. Secara rumusannya, pendekatan kepimpinan dalam organisasi kesukarelawan perlu menekankan aspek yang berbeza dalam konteks meningkatkan komitmen dan OCB dalam mencapai prestasi yang cemerlang.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan kebaktian; Tingkah laku kewarganegaraan organisasi; Komitmen organisasi; Sukarelawan
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:19544
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Aug 2022 03:57
Last Modified:01 Sep 2022 07:35

Repository Staff Only: item control page