Noryantimarlina Abdullah, and Basyariatul Fathi Othman, and Kartini Ahmad, and Philip Rajan Devesahayam, and Yazmin Ahmad Rusli, (2022) Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 20 (1). pp. 37-50. ISSN 1675-8161
|
PDF
517kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1402
Abstract
Kemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan umur kronologi antara 33 hingga 99 bulan (min=70, SP=18.9), umur semasa implan antara 18 hingga 71 bulan (min=40, SP=13.5) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (min=30, SP=10.5). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2). Borang soal jawab diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 subjek (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Antara enam komponen ISD-Mv2, komponen kognitif mencapai peratusan tertinggi dengan 96.79 peratus manakala penghasilan bahasa adalah yang terendah (76.21%). Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara kemahiran mendengar dengan pemahaman bahasa (r=0.554, p<0.05) dan kognitif dengan komunikasi sosial/pragmatik (r= 0.625, p<0.05). Tahap pencapaian bahasa dan pertuturan kanak-kanak dengan faktor demografik tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea mempunyai tahap pencapaian bahasa dan pertuturan yang lewat berbanding kanak-kanak berpendengaran normal sebaya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kanak-kanak; Implan koklea; Bahasa dan pertuturan; Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2) |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 19567 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Sep 2022 01:30 |
Last Modified: | 05 Sep 2022 08:07 |
Repository Staff Only: item control page