Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Noryantimarlina Abdullah, and Basyariatul Fathi Othman, and Kartini Ahmad, and Philip Rajan Devesahayam, and Yazmin Ahmad Rusli, (2022) Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 20 (1). pp. 37-50. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
517kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1402

Abstract

Kemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan umur kronologi antara 33 hingga 99 bulan (min=70, SP=18.9), umur semasa implan antara 18 hingga 71 bulan (min=40, SP=13.5) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (min=30, SP=10.5). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2). Borang soal jawab diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 subjek (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Antara enam komponen ISD-Mv2, komponen kognitif mencapai peratusan tertinggi dengan 96.79 peratus manakala penghasilan bahasa adalah yang terendah (76.21%). Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara kemahiran mendengar dengan pemahaman bahasa (r=0.554, p<0.05) dan kognitif dengan komunikasi sosial/pragmatik (r= 0.625, p<0.05). Tahap pencapaian bahasa dan pertuturan kanak-kanak dengan faktor demografik tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea mempunyai tahap pencapaian bahasa dan pertuturan yang lewat berbanding kanak-kanak berpendengaran normal sebaya.

Item Type:Article
Keywords:Kanak-kanak; Implan koklea; Bahasa dan pertuturan; Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2)
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:19567
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 01:30
Last Modified:05 Sep 2022 08:07

Repository Staff Only: item control page