Politik etnik Malaysia: analisis pasca Pilihan Raya umum ke 12 mengenai sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan PAS (Malaysia’s ethnic politics: A post-12th General Election analysis of the non-Malay support of UMNO and PAS)

Amer Saifude Ghazali, and Mohammad Redzuan Othman, and Zulkanain Abdul Rahman, and Rosmadi Fauzi, (2011) Politik etnik Malaysia: analisis pasca Pilihan Raya umum ke 12 mengenai sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan PAS (Malaysia’s ethnic politics: A post-12th General Election analysis of the non-Malay support of UMNO and PAS). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (2). pp. 18-27. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
109kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS dilihat sebagai memperjuangkan kepentingan Melayu namun PAS juga memberi keutamaan kepada Islam. Etnik Melayu menjadi sumber utama kepada sokongan yang diperolehi oleh kedua-dua parti ini. Namun begitu, UMNO dan PAS juga perlu mendapat sokongan yang signifikan daripada etnik bukan Melayu untuk mencapai kemenangan yang lebih besar. Kertas ini meneliti kenyataan ini dengan menganalisis keputusan pilihan raya umum ke 12 dan mengemukakan kajian terkini berkenaan perkara tersebut. Dengan menggunakan teknik analisis korelasi dan regrasi, hasil penelitian menunjukkan bahawa pengundi Cina dan India telah memberikan sokongan penuh kepada calon pembangkang tanpa mengira etnik calon tersebut walaupun calon parti pembangkang adalah Melayu. Namun parti pembangkang tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada etnik Melayu. Hubungan signifikan yang negatif membawa pengertian semakin ramai etnik Melayu dalam sesebuah kawasan maka sokongan kepada pembangkang semakin merosot. Kesimpulannya ialah suatu konundrum: UMNO dan PAS masih bergantung kepada sokongan etnik Melayu berbanding etnik lain dalam pilihan raya ; namun peminggiran etnik lain, jika dilakukan, akan tutut menjejaskan prestasi mereka.

Item Type:Article
Keywords:analisis korelasi; analisis regrasi; geografi pilihan raya; kelakuan pilihan raya; politik etnik; politik Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:1957
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:20 Jun 2011 10:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page