Hubungan antara sistem kerja ergonomik dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Azman Arif Amran, and Mohd Nasir Selamat, (2019) Hubungan antara sistem kerja ergonomik dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (2). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
275kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Sektor pembuatan merupakan sektor yang paling penting di Malaysia kerana sektor ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Sektor pembuatan mempunyai keunikan sistem kerja dan pengurusan yang tersendiri. Keunikan ini yang menyebabkan aspek ergonomik, keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu diberikan penumpuan secara terperinci. Aspek ini mampu memberikan impak kepada pelbagai pihak terutamanya pekerja dan organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sistem kerja ergonomik dengan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dalam kajian ini, faktor sistem kerja ergonomik yang terlibat sebagai pembolehubah bebas ialah faktor individu, faktor tugas, faktor organisasi dan faktor teknologi. Bagi prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan pula, aspek kesihatan, stres pekerjaan dan kemalangan pekerjaan yang menjadi pembolehubah bersandar. Seramai 105 orang responden dari beberapa kilang pembuatan di Banting dan Subang Jaya telah dianalisis melalui soal selidik yang diedarkan. Faktor teknologi didapati antara faktor yang paling mempengaruhi aspek kemalangan pekerjaan. Faktor individu dan faktor organisasi dikatakan paling mempengaruhi aspek stres pekerjaan. Faktor tugas pula dikatakan lebih membawa kepada masalah kesihatan. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan para pekerja di Malaysia mengenai ergonomik masih di tahap yang kurang memuaskan. Namun begitu, para pekerja didapati sangat peka dan berpengetahuan mengenai aspek kemalangan pekerjaan, Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan perkara yang amat penting dalam setiap organisasi. Penekanan kepada aspek ini mampu menjamin prestasi pekerja sekaligus menjamin produktiviti sesebuah organisasi. Penambahbaikan dalam aspek ergonomik di setiap tempat kerja merupakan antara inisiatif penting dalam meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sesebuah organisasi.

Item Type:Article
Keywords:Ergonomik; Keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Sistem kerja ergonomik; Prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Sektor pembuatan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19579
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 06:33
Last Modified:05 Sep 2022 08:37

Repository Staff Only: item control page