Pembentukan penjenamaan diri melalui komunikasi maya di Instagram oleh selebriti wanita Malaysia

Mohammed Faizal Bin Mohd Nor Al Kamaruddin, and Abdul Latiff Ahmad, (2019) Pembentukan penjenamaan diri melalui komunikasi maya di Instagram oleh selebriti wanita Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (2). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
186kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Instagram berjaya mewujudkan ruang dalam aktiviti penjenaaman diri kepada selebriti wanita Malaysia untuk kekal popular kerana ianya lebih efektif berbanding dengan media tradisional. Proses pembentukan imej peribadi berlaku terlalu pantas merentasi dunia maya menjadikan media sosial sebagai pilihan utama pada masa kini dalam penyebaran maklumat. Trend kepenggunaan Instagram pula memainkan peranan penting dalam aktiviti penonjolan diri di antara pengguna yang membawa kepada pelbagai persoalan terhadap teknik yang dilakukan oleh pengguna seperti selebriti untuk menjadikan diri mereka sentiasa ditumpu oleh pengguna yang lain. Berlandaskan teori pembingkaian, pembentukan jenama diri dapat dilihat dengan lebih teliti melalui matlamat yang dibawa oleh setiap selebriti dalam mempengaruhi dan meraih perhatian para netizen terhadap perkongsian mereka. Kajian ini dijalankan ke atas akaun Instagram milik lima orang selebriti wanita popular dengan menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengenalpasti sejauh mana pembentukan penjenaaman diri ini dipasarkan oleh mereka di akaun sosial masing-masing. Hasil kajian ini tertumpu jenis pembingkaian dalam penjenamaan diri selebriti wanita Malaysia yang digunakan dalam setiap perkongsian mereka dan ternyata ianya masih jelas menunjukkan bahawa teori ini masih relevan untuk digunakan dalam konteks media baru. Selebriti-selebriti ini lebih menekankan elemen kendiri dan pembingkaian minat insani serta pembingkaian kesan ekonomi dalam pembentukan imej mereka. Akhir sekali, kajian ini mempunyai potensi dalam melahirkan kualiti kandungan yang lebih baik dalam aktiviti penjenamaan diri terhadap sesebuah jenama dan juga meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi secara maya dalam kalangan pengguna media sosial.

Item Type:Article
Keywords:Instagram; Penjenamaan diri; Selebriti; Popular; Pembingkaian; Media baru
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19582
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 06:58
Last Modified:05 Sep 2022 08:41

Repository Staff Only: item control page