Pasar Seni sebagai manifestasi ekonomi pengalaman warisan budaya

Alyaanur Hazwani Azahar, and Hamzah Jusoh, (2019) Pasar Seni sebagai manifestasi ekonomi pengalaman warisan budaya. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (2). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
410kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Ekonomi pengalaman merupakan satu pendekatan dalam meneliti kesanggupan seseorang mendapatkan kepuasan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai keunikan warisan budaya, Malaysia dikatakan menawarkan tahap ekonomi pengalaman yang tinggi terutamanya kepada para pelancong. Persoalannya, sejauhmanakah Malaysia berupaya menarik para pelancong bagi membelanjakan sebahagian daripada belanjawan pelancongan bagi menikmati pengalaman-pengalaman unik di negara ini. Berdasarkan kes kajian di Pasar Seni Kuala Lumpur, kajian ini cuba menilai keupayaan premis warisan budaya ini mencetuskan ekonomi pengalaman dalam kalangan pelancong berdasarkan empat elemen utama ekonomi pengalaman, iaitu pendidikan, hiburan, estetika dan eskapis. Sejauhmanakah elemen-elemen ini telah mempengaruhi kunjungan pelancong ke Pasar Seni, yang dikatakan sebagai sebuah pusat warisan budaya. Kajian ini dilakukan melalui kaedah pengedaran borang soal kepada para pelancong yang telah mempunyai pengalaman dengan Pasar Seni. Berdasarkan kajian, didapati bahawa sebahagian daripada elemen-elemen ekonomi pengalaman telah diserapkan dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Pasar Seni. Para pelancong didapati berpuas hati dengan elemen-elemen yang diterapkan di Pasar Seni. Elemen kraftangan merupakan elemen yang paling banyak menarik minat pengunjung untuk datang ke Pasar Seni. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa elemen ekonom pengalaman dari sudut hiburan dan eskapis adalah elemen paling berpengaruh di Pasar Seni. Namun demikian, kebanyakan pengalaman yang diperolehi tidak sepenuhnya memanifestasikan keunikan warisan budaya di Malaysia dan ini memerlukan penambahbaikan dari pelbagai aspek terutama dari sudut memperkasakan lagi promosi, gastronomi dan perkhidmatan di Pasar Seni untuk menjadikan Pasar Seni sebagai lokasi yang lebih menarik dan unik di kalangan pengunjung dalam dan luar negara.

Item Type:Article
Keywords:Ekonomi pengalaman; Pendidikan; Eskapis; Estetika; Hiburan; Warisan budaya
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19583
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 07:02
Last Modified:05 Sep 2022 08:43

Repository Staff Only: item control page