Stesen Keretapi Kuala Lumpur : sejarah dan kesan terhadap pembangunan ekonomi Kuala Lumpur (1886-1911)

Muhamad Khaider Bustami, and Mohamad Rodzi Abd. Razak, (2019) Stesen Keretapi Kuala Lumpur : sejarah dan kesan terhadap pembangunan ekonomi Kuala Lumpur (1886-1911). Jurnal Wacana Sarjana, 3 (2). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Perusahaan bijih timah berkembang dengan pesat sewaktu pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Daripada segi pengeluaran, usaha-usaha Inggeris menyediakan perkhidmatan bantuan seperti pengangkutan dan perhubungan telah menambahkan pengeluaran hasil bumi yang diusahakan oleh Inggeris. Perkembangan pesat pengeluaran bijih timah dan pengenalan sistem keretapi mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Eksploitasi bijih timah merupakan sebab utama bagi pembinaan sistem pengangkutan darat dan melalui cukai yang dikenakan ke atas eksport bijih timah, pentadbiran Ingeris memperoleh wang untuk membiayai pembinaan jalan keretapi.Maka,Stesen keretapi Kuala Lumpur telah siap dibina pada tahun 1886 bersamaan dengan jalan keretapi yang pertama di antara Bukit Kuda, Kelang dan Kuala Lumpur telah dibuka pada waktu yang sama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pembinaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur daripada aspek pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dari 1886 sehingga 1911. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan melakukan pendekatan ‘content analysis’ terhadap sumber-sumber primer seperti laporan tahunan, fail-fail dan penyata serta sumber sekunder seperti buku, makalah, kertas kerja dan jurnal. Hasil kajian mendapati bahawa Stesen Keretapi Kuala Lumpur sememangnya memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi iaitu kepada perlombongan bijih timah serta pembukaan tanah dan pertanian.

Item Type:Article
Keywords:Stesen keretapi; Kuala Lumpur; Ekononomi kolonial; Perlombongan; Pembangunan ekonomi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19585
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 07:15
Last Modified:05 Sep 2022 08:45

Repository Staff Only: item control page