Meneroka tekanan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pemulihan juvana

Ainur Shamsudin, and Nazirah Hassan, (2019) Meneroka tekanan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pemulihan juvana. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (2). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
394kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh kakitangan di sebuah institusi pemulihan juvana. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor peribadi dan tempat kerja yang menyumbang kepada masalah tekanan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk meneroka keperluan fizikal dan sosial yang diperlukan oleh kakitangan untuk menangani masalah tekanan di tempat kerja. Rekabentuk yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kaedah campuran yang menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini telah dijalankan kepada 8 orang informan berusia antara 30 dan 50 tahun. Kesemua informan telah menjawab soal selidik Workplace Stress Survey 1998 yang diperkenalkan oleh American Intitutional of Stress (AIS) dan ditemubual secara berasingan. Data kuantitatif yang telah diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan program Statistical Package for Social Sciences. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap tekanan yang dihadapi oleh majoriti informan masih lagi terkawal. Namun, keputusan data kualitatif mendapati bahawa faktor-faktor seperti masalah peribadi dan keluarga, sikap pelatih juvana dan faktor persekitaran institusi pemulihan menyumbang kepada masalah tekanan kakitangan. Informan turut mengenalpasti beberapa elemen yang perlu ditambahbaik bagi keperluan membantu mengurangkan tekanan yang dialami oleh kakitangan di institusi pemulihan juvana.

Item Type:Article
Keywords:Tekanan kakitangan; Faktor tekanan; Tekanan institusi pemulihan; Pemulihan juvana; Tekanan di tempat kerja
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19586
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 07:19
Last Modified:05 Sep 2022 08:46

Repository Staff Only: item control page