Pertaruhan dalam lumba haram : faktor dan jenis pertaruhan

Mohamad Fikrie Idris, and Nur Hafizah Yusoff, (2019) Pertaruhan dalam lumba haram : faktor dan jenis pertaruhan. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (2). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
362kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Lumba haram bukanlah isu yang baru pada masa kini. Walau bagaimanapun, telah banyak penguatkuasaan telah dilakukan tetapi isu ini masih tidak mampu diselesaikan kerana disebabkan adanya elemen pertaruhan dalam perlumbaan haram yang mana menjadi peranan kepada remaja untuk terus terlibat. Kajian ini dijalankan di kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam Pulau Pinang. Terdapat beberapa faktor yang mendorong remaja terlibat dalam kegiatan ini antaranya seperti pengaruh rakan sebaya, media massa, ibu bapa dan sebagainya. Antara jenis pertaruhan yang sering digunapakai oleh remaja sekarang ialah seperti wang, motosikal dan pengiktirafan dalam kalangan mereka. Pendekatan kualitatif telah digunakan iaitu temu bual secara mendalam terhadap informan kajian serta melakukan pemerhatian tidak ikut serta telah dijalankan. Seramai tujuh orang informan telah ditemu bual untuk menjawab objektif kajian. Antara dapatan utama ialah pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor utama yang menyebabkan remaja ini terlibat dalam kegiatan lumba haram. Faktor lain yang turut mempengaruhi mereka ialah media massa itu sendiri yang mana gemar menunjukkan aktiviti pertaruhan dalam kegiatan lumba haram. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wang dan motosikal adalah jenis pertaruhan yang sering diamalkan dalam sesebuah perlumbaan untuk dijadikan ganjaran kepada pemenang. Ini secara tidak langsung telah menarik minat remaja untuk terlibat dalam aktiviti tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Remaja; Pertaruhan; Lumba haram; Proses pembelajaran kelompok; Pengaruh persekitaran
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19587
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Sep 2022 07:23
Last Modified:05 Sep 2022 08:48

Repository Staff Only: item control page