Keselamatan makanan : kepentingan kesedaran pengguna terhadap Halālan Ṭayyiban

Nurul Syahadah Mohamad Riza, and Mohammad Naqib Hamdan, and Mohd Farhan Md Ariffin, and Nur Najwa Hanani Abd Rahman, (2022) Keselamatan makanan : kepentingan kesedaran pengguna terhadap Halālan Ṭayyiban. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (1). pp. 1-8. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
443kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Keselamatan makanan menjadi keperluan penting untuk diperhatikan oleh semua pihak termasuk pengguna. Selain halal, tayyiban merupakan salah satu kriteria penting yang digariskan Islam dalam pemilihan makanan. Aspek tayyiban merangkumi pelbagai elemen sepanjang rantaian makanan termasuk elemen kebersihan, kualiti, keselamatan dan kesihatan. Kesedaran merupakan faktor penolak yang mendorong seseorang bertindak untuk melakukan sesuatu. Namun, pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan makanan dalam kalangan pengguna masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Oleh itu, kajian ini tampil untuk meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan makanan sekali gus menampakkan kepentingan kesedaran tentang pemahaman konsep halālan ṭayyiban yang sebenar kepada pengguna melalui nas agama. Kajian ini dipraktikkan secara kajian kualitatif melalui pendekatan kajian kepustakaan dan analisis dokumen sebelum menganalisis maklumat yang berjaya dikumpulkan menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Kajian ini mendapati pengabaian aspek keselamatan makanan akan memberi kesan kepada individu sama ada dari sudut sains atau maqasid. Pelbagai inisiatif khususnya melalui teknologi dan media sosial perlu digiatkan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan makanan. Tambahan lagi, pengguna berperanan untuk mengelak pengambilan makanan yang boleh mengundang mudarat, bahaya dan penyakit kepada diri. Oleh itu, kesedaran tentang keselamatan makanan yang sejajar dengan sumber wahyu iaitu al-Quran dan Sunnah sangat penting untuk diterapkan dalam kalangan pengguna.

Item Type:Article
Keywords:Ḥalālan ṭayyiban; Keselamatan makanan; Kesedaran
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:19609
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2022 04:11
Last Modified:07 Sep 2022 09:04

Repository Staff Only: item control page