Peranan pengurusan masjid dan ahli jemaah dalam mengimarahkan institusi masjid pasca wabak Covid-19 : satu sorotan

Mohd Ridhuwan Remly, and Siti Nor Azimah Sabaruddin, and Nur Kamilah Kamaruddin, and Nik Nurul Akmal Ab Alim, and Muhd Najib Abdul Kadir, and Fadlan Othman, and Hamdi Ishak, (2022) Peranan pengurusan masjid dan ahli jemaah dalam mengimarahkan institusi masjid pasca wabak Covid-19 : satu sorotan. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (1). pp. 9-19. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
313kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Masjid merupakan sebuah tempat berkumpulnya masyarakat umat Islam sama ada untuk menunaikan ibadah ataupun urusan-urusan lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Pada asasnya umat Islam berkumpul di masjid sekurang-kurangnya lima kali sehari iaitu pada waktu solat berjemaah. Namun pada hari, dunia dikejutkan dengan penyebaran pandemik COVID-19. Penyebaran wabak ini turut menjejaskan aktiviti pengimarahan institusi masjid. Kehadiran jemaah di masjid pada hari ini bergantung sepenuhnya kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Artikel ini bertujuan untuk memperincikan peranan serta tanggungjawab yang perlu diambil oleh pihak pengurusan masjid serta peranan ahli jemaah dalam menghadapi wabak COVID 19 supaya institusi masjid sentiasa diimarahkan seterusnya selamat dikunjungi oleh para jemaah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpulkan daripada analisis dokumen ke atas situasi semasa COVID-19 serta SOP yang dikeluarkan oleh pihak KKM dan diaplikasikan di institusi masjid kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan institusi masjid terus diimarahkan walaupun dengan SOP yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan masjid dan ahli jemaah perlu mematuhi segala SOP dikeluarkan oleh pihak berwajib untuk memastikan syiar terbesar umat Islam ini terus diimarah walaupun pandemik COVID-19 ini masih belum pulih sepenuhnya.

Item Type:Article
Keywords:Masjid; Pengurusan masjid; Ahli jemaah; Imarah; Tanggungjawab; Wabak COVID 19
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:19610
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2022 04:17
Last Modified:07 Sep 2022 09:05

Repository Staff Only: item control page