Mohd Aashif Ismail, and Latifah Abdul Majid, and Mohd Arif Nazri, (2022) Penggunaan ungkapan al-Auj’ah ᶜindī di sisi Zakariyya al-Kāndahlawi : tumpuan terhadap karya al-Abwāb wa al-Tarājim li Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (1). pp. 29-36. ISSN 0128-0899
|
PDF
189kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...
Abstract
Salah faham maksud yang ingin disampaikan oleh pengkarya boleh menyebabkan berlaku kecelaruan. Kecuaian dalam memahami maksud tersirat seseorang pengkarya boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan masyarakat. Sebagai salah seorang tokoh ilmuan dalam bidang hadis, kalām al-aujah ᶜindī al- Kāndahlawi juga boleh menyebabkan seseorang itu terkeliru daripada memahami maksud sebenar beliau. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti maksud sebenar dan murād al-Kāndahlawi di sebalik penggunaan perkataan al-aujah ᶜindī di dalam karya beliau al-Abwāb wa al-Tarājim Li Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif secara analisis karya al-Abwāb wa al- Tarājim li Ṣaḥīḥ al-Bukhārī garapan al-Kāndahlawi. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa ungkapan al-aujah ᶜindī al-Kāndahlawi terbahagi kepada tujuh bahagian. Pertama, Al-Aujah ᶜIndī Li Bayān Al-Ḥukum. Kedua, Al-Aujah ᶜIndī Li Bayān Al-Tarjamah Al-Muqayyadah. Ketiga, Al-Aujah ᶜIndī Li Ta’kīd Al-Aqwāl Al-Jahābidhah. Keempat, Al-Aujah ᶜIndī Li Radd Aqwāl Al- Jahābidhah. Kelima, Al-Aujah ᶜIndī Li Bayān Al-Tarjamah. Keenam, Al-Aujah ᶜIndī Fī Bayān Barāᶜah Al- Ikhtitām. Ketujuh, Al-Aujah ᶜIndī Li Bayān Al-Hadis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Al-Kāndahlawi; al-Aujah ᶜIndī; al-Bukhari |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 19612 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Sep 2022 04:27 |
Last Modified: | 07 Sep 2022 09:07 |
Repository Staff Only: item control page