Muhammad Hasan Said Iderus, and Latifah Abdul Majid, and Fadlan Mohd Othman, and Ahamad Asmadi Sakat, (2022) Kedudukan hadis mursal menurut Maulana Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy (1315-1402h/1898-1982) dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (1). pp. 37-47. ISSN 0128-0899
|
PDF
245kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...
Abstract
Hadis mursal dikenali ulama merupakan bagian dari hadis dacif. Salah satu kitab yang memuatkan hadis mursal adalah kitab al-Muwaṭṭa’ karya Imam Mālik. Kitab ini telah banyak disyarah para ulama, dan di antara mereka ada yang hanya fokus kepada kajian rijāl al-Muwaṭṭa’, sementara ada pula yang lain memberi tumpuan kepada ilmu fiqah, bahkan ada juga yang memperjelaskan kedudukan hadis-hadis di dalam al- Muwaṭṭa’. Salah satu ulama yang mensyarah kitab al-Muwaṭṭa’ Mālik adalah Muḥammad Zakariyyā al- Kāndahlawiyy (1315-1402H/1898-1982). Beliau memberikan nama kitab beliau dengan nama kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik. Di dalam kitab ini beliau memberikan jalan tengah dalam menyelamatkan hadis-hadis yang berstatus mursal. Artikel ini membahaskan bagaimana kedudukan hadis mursal menurut Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa semua hadis mursal yang berada dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik telah diselamatkan oleh beliau dengan berstatus: pertama ṣaḥīḥ kerana hadisnya bersambung di dalam ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim; kedua, hadis yang mursal disambung ditempat kutub al-sittah (selain ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim). Ketiga, hadis tetap berstatus mursal dengan tidak tersambung kitab-kitab hadis lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mursal; Awjaz al-Masalik; Zakarya al-Kandahlawi; Muwaṭṭa’ |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 19613 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Sep 2022 04:38 |
Last Modified: | 07 Sep 2022 09:08 |
Repository Staff Only: item control page