Pendekatan Lataif al-Quraniyyah dalam Surah-Surah Madaniyyah melalui kitab Tafsir Sofwah al-Tafasir oleh Syeikh ‘Ali al-Sobuni

Muhammad Uzair Izham, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, (2022) Pendekatan Lataif al-Quraniyyah dalam Surah-Surah Madaniyyah melalui kitab Tafsir Sofwah al-Tafasir oleh Syeikh ‘Ali al-Sobuni. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (1). pp. 48-61. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
229kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Surah-surah Madaniyyah mempunyai ayat-ayat yang lebih panjang kerana kandungannya yang memberikan penjelasan terhadap hukum-hakam secara terperinci di samping turut memberi tekanan akan aspek keimanan dan akhlak. Adapun, dalam memahami tafsiran ayat al-Quran, Tafsir Sofwah al-Tafasir karya Syeikh ‘Ali al- Sobuni adalah salah satu karya kontemporari yang unik dengan mengetengahkan aspek lataif iaitu kehalusan makna secara tersusun. Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti tema lataif yang terdapat dalam surahsurah Madaniyyah . Reka bentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap Kitab Sofwah al-Tafasir Cetakan ke-6 oleh Dar al-Sobuni menjadi metode kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat tiga tema utama lataif iaitu aspek mukjizat bahasa, tarbawiyyah dan pemantapan iman selain tema sampingan seperti hikmah hukum dan tafsiran tambahan. Tema-tema ini didatangkan dalam bentuk tafsiran kepada ayat, penyebutan riwayat hadith atau cerita. Adapun tema yang dominan disebutkan adalah tarbawiyyah diikuti pemantapan iman dan mukjizat bahasa. Kesimpulan dari kajian ini ialah lataif merupakan aspek yang perlu diketengahkan dalam kalangan masyarakat kerana dilihat mampu menambah nilai terhadap penghayatan al- Quran bukan sekadar pada kefahaman ilmu berkaitan syariat yang terdapat di dalamnya tetapi juga kesedaran jiwa melalui proses pendidikan hati.

Item Type:Article
Keywords:‘Ali al-Sobuni; Lataif al-Quraniyyah'; Sofwah al-Tafasir; Madaniyyah
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:19614
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2022 04:45
Last Modified:07 Sep 2022 09:09

Repository Staff Only: item control page