Tadabbur al-Quran menurut Sidi Zarruq (w.899H) di dalam al-Nasihah al-Kafiyah

Mohammad Syafiq Ismail, (2022) Tadabbur al-Quran menurut Sidi Zarruq (w.899H) di dalam al-Nasihah al-Kafiyah. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (1). pp. 73-79. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
174kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Kajian ini berusaha untuk menampilkan konsep tadabbur al-Quran menurut seorang ulama dan sufi terkenal Sidi Zarruq al-Fasi (w.899H) di dalam kitabnya berjudul al-Nasihah al-Kafiyah . Kajian ini menggunakan analisis isi induktif terhadap teks Sidi Zarruq yang tersebut. Di dalam kitab ini, beliau telah meletakkan tiga syarat asas bagi tadabbur al-Quran, untuk menjamin proses tadabbur yang berjaya. Tiga syarat tersebut ialah mengetahui gharib al-Quran dan hukum-hakamnya yang wajib dilaksanakan, tidak mengehadkan kefahaman kepada tafsir yang mahfuz (ma’tsur ) sahaja dan memerhatikan setiap ayat al-Quran mengikut kesesuaiannya: Zahir, Batin, Hadd dan Matla’. Sidi Zarruq berpendapat bahawa tadabbur al-Quran yang berjaya merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan setiap muslim terhadap al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Tadabbur; al-Quran; Sidi Zarruq
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:19616
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2022 04:52
Last Modified:07 Sep 2022 09:10

Repository Staff Only: item control page