Isu dan cabaran pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran secara dalam talian (Online ) di institusi tahfiz swasta dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, and Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, (2022) Isu dan cabaran pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran secara dalam talian (Online ) di institusi tahfiz swasta dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (1). pp. 62-72. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
165kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Kelangsungan sistem pendidikan tidak boleh terhenti walaupun terdapat halangan bersemuka di kala pandemik COVID-19 termasuk dalam pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran. Pelaksanaan kelas tahfiz secara dalam talian menjadi pilihan utama semua institusi Tahfiz bagi memastikan kelas pengajian Tahfiz tidak terbantut. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan dan pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran terutamanya maahad atau pusat Tahfiz swasta dalam tempoh pandemik Covid-19. Tinjauan yang dilaksanakan ini merangkumi lima (5) perkara utama iaitu isu dan cabaran dari aspek pentadbiran Institusi Tahfiz, corak pelaksanaan jadual harian rasmi hafazan al-Quran, pelaksanaan kelas tasmik hafazan baharu, pelaksanaan kelas murajaah hafazan mingguan dan hafazan lama dan masalah dan cabaran pelaksanaan kelas hafazan dalam talian. Dalam proses pemerolehan data, kajian ini secara sepenuhnya menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual separa struktur yang dilaksanakan secara dalam talian. Bagi prosedur temubual, seramai 49 orang responden dari 27 institusi Tahfiz yang terdiri daripada mudir (pengetua) dan guru tasmik dan diniah (agama) telah ditemubual. Dapatan menunjukkan pelbagai isu dan cabaran timbul iaitu kemudahan peranti yang terhad, liputan internet yang tidak memuaskan, penjadualan kelas, komitmen dan disiplin pelajar, kerjasama ibu bapa dan pencapaian pelajar. Ia sekaligus menyebabkan perjalanan pentadbiran sekolah terjejas sehingga terdapat pelajar yang berhenti dari meneruskan pengajian mereka. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang boleh diambil bagi memastikan perjalanan kelas Tahfiz berlangsung dengan lebih baik dan menghasilkan pelajar kekal berkualiti walaupun pembelajaran terhad dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan tahfiz; Pandemik Covid-19; Institusi tahfiz swasta; Pembelajaran dalam talian (Online ); Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:19618
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2022 06:45
Last Modified:07 Sep 2022 09:12

Repository Staff Only: item control page