Keupayaan menyerap dan limpahan pengetahuan : bukti baharu daripada modal manusia dan R&D

Nur’Jila Mohammad, and Tamat Sarmidi, and Abu Hassan Shaari Md Nor, (2018) Keupayaan menyerap dan limpahan pengetahuan : bukti baharu daripada modal manusia dan R&D. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (1). pp. 31-43. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
510kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/

Abstract

Keupayaan untuk menyerap pembangunan baharu daripada teknologi asing melalui aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) memainkan peranan penting dalam menentukan hubungan antara FDI, limpahan pengetahuan dan penciptaan ilmu pengetahuan. Kajian ini menghipotesiskan bahawa kapasiti penyerapan kepada limpahan pengetahuan di antara negara mungkin berbeza mengikut tahap modal manusia, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Negara yang memiliki tahap modal manusia dan R&D yang rendah mungkin tidak mempunyai kapasiti penyerapan yang sama berbanding dengan negara yang memiliki modal manusia dan R&D yang tinggi. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan tidak monotonik antara limpahan pengetahuan, modal manusia dan R&D. Mengaplikasikan teknik regresi ambang yang dicadangkan oleh Hansen (2000) untuk data keratan rentas dari tahun 1995 hingga 2014 yang meliputi 190 buah negara, kajian mendapati wujud kesan tidak monotonik bagi modal manusia, dan R&D kepada penciptaan ilmu pengetahuan. Hanya selepas paras ambang bagi modal manusia dan R&D, FDI mempunyai kesan positif terhadap penciptaan ilmu pengetahuan. Tambahan pula, keupayaan ini akan menjadi lebih berkesan jika negara mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik.

Item Type:Article
Keywords:Kapasiti menyerap; Limpahan pengetahuan; ICT; Tahap penguasaan Bahasa Inggeris; Penciptaan ilmu pengetahuan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:19622
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2022 00:45
Last Modified:08 Sep 2022 07:30

Repository Staff Only: item control page