Pengurusan fiskal pihak berkuasa tempatan yang berstatus Majlis Bandaraya di Zon Tengah Semenanjung Malaysia

Norain Mod Asri, and Zulkefly Abdul Karim, and Norlaila Abu Bakar, and Zafirah Husin, and Muhammad Harith Hasnan, and Muhammad Idris Hamid, (2018) Pengurusan fiskal pihak berkuasa tempatan yang berstatus Majlis Bandaraya di Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (1). pp. 77-88. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
565kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/

Abstract

keunikan Majlis bandaraya berbanding dengan pihak berkuasa tempatan yang lain adalah dapat mentadbir kawasan maju dengan kepadatan penduduk dan pendapatan isirumah yang tinggi, dan sekaligus boleh menjana lebih pendapatan fiskal. Namun begitu, permintaan pembayar cukai setempat terhadap barangan awam tempatan turut menjadi semakin kompleks dari masa ke semasa. Maka, pengurusan dan takbir urus belanjawan yang baik adalah penting supaya Majlis Bandaraya tersebut tidak berhadapan dengan defisit fiskal dan hutang awam yang berpanjangan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan jangka panjang (kointegrasi) dan arah hubungan sebab-menyebab antara hasil, belanja, imbangan fiskal dan hutang awam mengikut Majlis Bandaraya di zon tengah Semenanjung Malaysia. Dua kategori data digunakan iaitu data agregat bagi semua pemboleh ubah, dan data mengikut komponen hasil cukai, bukan cukai dan terimaan bukan hasil bagi pemboleh ubah hasil serta belanja mengurus dan pembangunan bagi pemboleh ubah belanja. Penemuan penting kajian dengan menggunakan model auto regresif lat tertabur (autoregressive distributed lag, ArDL) menunjukkan bahawa Dewan bandaraya kuala Lumpur dan Majlis bandaraya Shah Alam menggunakan hipotesis belanja-hasil, manakala Majlis bandaraya Petaling Jaya mempraktiskan hipotesis penyelarasan fiskal dalam jangka pendek dan jangka panjang. Di samping itu, komponen belanja mengurus iaitu belanja perkhidmatan dan bekalan, belanja pembangunan dan jumlah belanja lebih cenderung mempengaruhi hasil cukai. tetapi bagi kes Majlis bandaraya Petaling Jaya, hasil cukai turut mempengaruhi jumlah belanja. Penemuan baharu kajian ini mencadangkan agar Majlis bandaraya perlu meningkatkan kecekapan peruntukan terhadap semua instrumen fiskal, terutama sekali komponen belanja mengurus dan hasil cukai bagi tujuan pengukuhan fiskal pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Belanja awam; Hasil awam; Imbangan fiskal; Hutang awam; Model auto regresif lat tertabur (ARDL)
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:19626
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2022 01:11
Last Modified:08 Sep 2022 07:36

Repository Staff Only: item control page