Mohd Aqmin Abdul Wahab, and Hazrul Izuan Shahiri, and Mustazar Mansur, and Mohd Azlan Shah Zaidi, (2018) Kos sara hidup tinggi di Malaysia : pertumbuhan pendapatan isi rumah yang perlahan atau taraf hidup yang meningkat? Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (1). pp. 117-133. ISSN 0127-1962
|
PDF
828kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/
Abstract
Kajian ini melihat punca kepada peningkatan kos sara hidup dengan mengkaji dua faktor utama kepada kenaikan kos sara hidup, iaitu faktor pendapatan yang rendah serta peningkatan taraf hidup yang terlalu pantas. Dalam pendekatan pertama, analisis regresi siri masa telah dibuat dengan menggunakan data daripada Laporan Penyiasatan Pendapatan bagi membandingkan perubahan pendapatan berbanding pertumbuhan kadar inflasi dari tahun ke tahun. Sementara itu, analisis keanjalan perbelanjaan isirumah berdasarkan perubahan pendapatan isirumah telah digunakan dalam pendekatan kedua untuk mengkaji corak perubahan taraf hidup isi rumah. Bagi mendapatkan keanjalan perbelanjaanpendapatan, satu model regresi linear log-log beserta pembolehubah interaksi telah digunakan pada data tiga jenis perbelanjaan utama isirumah, iaitu makanan, pengangkutan dan perumahan. Keanjalan perbelanjaan-pendapatan isirumah juga telah diteliti mengikut strata pendapatan (B40, M40 dan T20) serta lokasi isirumah (bandar/luar bandar) untuk melihat perubahan keanjalan perbelanjaan-pendapatan terhadap pembolehubah tersebut. Hasil kajian ini mendapati pendapatan telah meningkat lebih pantas berbanding kadar inflasi dari tahun ke tahun. Selain itu, taraf kehidupan isirumah juga didapati meningkat dengan lebih pantas seperti yang dibuktikan melalui keanjalan perbelanjaan-pendapatan yang tinggi bagi sesetengah jenis barangan. Hal ini mencadangkan bahawa corak perbelanjaan dan gaya hidup menjadi punca yang dominan yang membawa kepada masalah kos sara hidup.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendapatan; Inflasi; Keanjalan; Perbelanjaan; Taraf hidup |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 19629 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Sep 2022 01:52 |
Last Modified: | 08 Sep 2022 07:41 |
Repository Staff Only: item control page