Cadangan kodifikasi Akta Zakat Nasional dan penubuhan Majlis Zakat Negara

Mohd Suffian Mohamed Esa, and Mohd Ali Mohd Noor, and Hairunnizam Wahid, (2018) Cadangan kodifikasi Akta Zakat Nasional dan penubuhan Majlis Zakat Negara. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (1). pp. 145-156. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
477kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/

Abstract

Di antara cabaran utama pengurusan zakat di Malaysia ialah bagaimana hendak menangani kesan daripada perundangan zakat sedia ada yang tidak komprehensif. Ia termasuk masalah penguatkuasaan dan ketidakseragaman perundangan zakat di setiap negeri. Semua masalah ini telah mengakibatkan kepincangan kutipan zakat bermula dari masalah pengelakan membayar zakat, hilang keyakinan terhadap institusi zakat bertauliah hinggalah kepada masalah agihan zakat yang kecil di sebahagian negeri di Malaysia. Dengan mengkodifikasikan akta zakat, iaitu dengan mewujudkan satu perundangan yang seragam di peringkat Persekutuan semua masalah di atas boleh ditangani dengan baik. Ini kerana zakat pendapatan khususnya merupakan sumber utama institusi zakat pelbagai negeri. Justeru, kajian ini meninjau persepsi awal dalam kalangan pembayar zakat, amil (pelaksana) dan pengamal undang-undang Majlis Agama Islam Negeri (pelaksana perundangan) mengenai cadangan mewujudkan kodifikasi ini dan implikasinya. Kajian ini menggunakan analisis logit binomial. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dengan cadangan mengkodifikasikan Akta Zakat Nasional. Persetujuan ini dipengaruhi oleh faktor umur, tahap pendidikan dan persepsi kodifikasi dalam kalangan pembayar zakat. Manakala para amil dipengaruhi oleh faktor perjawatan dan persepsi kodifikasi zakat. Kajian mencadangkan penubuhan Majlis Zakat Negara (MZN) supaya akta ini dapat direalisasikan segera, berteraskan konsep federalisme fiskal terhadap sentralisasi (kutipan) dan desentralisasi pentadbiran (agihan) bagi menyokong dasar kutipan dan agihan zakat yang lebih baik dan seimbang.

Item Type:Article
Keywords:Zakat; Sentralisasi kutipan; Desentralisasi agihan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:19631
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2022 02:42
Last Modified:08 Sep 2022 07:54

Repository Staff Only: item control page