Pengaruh tindakan afirmatif kepada agihan kekayaan antara etnik di Malaysia

Muhammad Najit Sukemi, and Madeline Berma, and Shamsul Amri Baharuddin, and Faridah Shahdan, (2018) Pengaruh tindakan afirmatif kepada agihan kekayaan antara etnik di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (1). pp. 269-281. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
943kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/

Abstract

Tindakan afirmatif merupakan mekanisme penyelesaian konflik dalam situasi ketegangan etnik dan ketidakseimbangan sosioekonomi. Di Malaysia, tindakan afirmatif dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) mulai 1970 bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi dan ketidaksetaraan kekayaan antara etnik melalui agihan semula ekuiti dengan matlamat 30% dimiliki Bumiputra dan 40% dimiliki bukan Bumiputra. Setelah kira-kira 40 tahun perlaksanaannya, matlamat agihan ekuiti masih gagal dicapai. Namun, adakah perlaksanaan tindakan afirmatif memberi kesan kepada agihan kekayaan bagi setiap etnik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh tindakan afirmatif kepada agihan kekayaan antara etnik di Malaysia. Kajian ini menggunakan data ekuiti mengikut etnik bagi tempoh 1969 hingga 2012 dan diuji menggunakan pendekatan Autoregrasi Lat Tertabur (ARDL). Dapatan menunjukkan perlaksanaan tindakan afirmatif mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi agihan kekayaan antara etnik dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kajian juga membuktikan agihan kekayaan antara kumpulan etnik diagihkan melalui ekonomi yang berkembang dan bukannya melalui pengambilan hak milik etnik lain terutamanya etnik Cina dan dipindahkan kepada Bumiputra.

Item Type:Article
Keywords:Tindakan afirmatif; Ekuiti; Liberalisasi sektor kewangan; Etnik
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:19641
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2022 06:25
Last Modified:08 Sep 2022 08:07

Repository Staff Only: item control page