Kriteria awalan pembangunan persisir air di sekitar kawasan bangunan tinggi

Hanie Izni, and I M.S. Usman, and A.R.M. Ariffin, and Nangkula Utaberta, (2020) Kriteria awalan pembangunan persisir air di sekitar kawasan bangunan tinggi. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 13 (1). pp. 49-69. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
794kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Kajian ini untuk mengenalpasti kriteria pembangunan persisir air di kawasan bangunan tinggi yang menyumbang kepada aktiviti sekeliling. Kajian ini juga akan mencerakinkan kriteria persisir air di kawasan bangunan tinggi serta mengkaji pembangunan persisir air berdasarkan dari aktiviti yang wujud di kawasan kajian. Kajian kes yang dipilih adalah di sekitar Sungai Singapura dan Marina Bay, Sungai Klang dan Putrajaya. Kajian dijalankan dengan melakukan kajian lapang serta temubual dengan pihak berkuasa tempatan serta kajian pustaka yang memperlihatkan pembangunan kawasan persisiran air dan rekabentuk bandar dan tumpuan kepada ruang awam sebagai elemen utama. Malaysia kini mula mewujudkan kawasan ruangan awam untuk rekreasi di sekitar persisir air. Kesimpulan daripada kajian ini akan menganalisis elemen dan kriteria persisir air yang dirancang dengan mencerminkan keadaan setempat serta menyediakan ruang awam untuk menghidupkan kawasan persisir air sekaligus meningkatkan imej bandar. Kriteria tersebut dapat digunakan sebagai panduan kepada pereka-pereka dalam merekabentuk bangunan tinggi di kawasan persisir air serta kajian ini juga dapat membantu projek rekabentuk senibina studio 2 bagi bangunan tinggi yang mempunyai tapak cadangan di sekitar kawasan persisir air.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan persisir air; Bangunan tinggi; Ruang awam
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19649
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2022 04:07
Last Modified:12 Sep 2022 00:55

Repository Staff Only: item control page