Pendekatan fasad hijau pada bangunan tinggi

Khairunnadia Mohd Safaai, and Abdul Halim Ismail, and Mohd Rizal Zakaria, (2020) Pendekatan fasad hijau pada bangunan tinggi. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 13 (1). pp. 69-81. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan membuat penelitian bagaimana fasad hijau diterapkan pada bangunan pencakar langit. Kajian ini difokuskan kerana ingin mengkaji dengan lebih terperinci mengenai pengaplikasian fasad hijau kepada bangunan tinggi. Berbagai-bagai isu timbul kebelakangan ini seperti sejauh mana keberkesanan bangunan tinggi di Malaysia yang mengaplikasikan fasad hijau untuk menangani permintaan tuntutan tenaga dalam bangunan atau hanya bercirikan estetik. Penghijauan fasad secara umumnya memberikan potensi penyejukan di permukaan bangunan tinggi, yang sangat penting di iklim panas. Kesan pendinginan fasad hijau juga memberi kesan kepada iklim dalaman di dalam bangunan dengan menghalang pemanasan bangunan. Dalam usaha ini, maka ini memberi tumpuan kepada pengenalan pelbagai jenis sistem fasad hijau dan analisis kesan sistem fasad hijau pada perubahan suhu dan kesan terma. Diharap kajian ini akan memberi maklumat bagi pengamal senibina dan ahli pengkaji bagaimana untuk mengaplikasikan fasad hijau pada sesebuah bangunan tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Penerapan; Fasad hijau; Bangunan tinggi
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19650
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2022 04:11
Last Modified:12 Sep 2022 00:56

Repository Staff Only: item control page