Pendekatan reka bentuk lanskap pada bangunan tinggi

Muhammad Firdaus Abdullah, and Abdul Halim Ismail, and Mohd Rizal Zakaria, (2020) Pendekatan reka bentuk lanskap pada bangunan tinggi. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 13 (1). pp. 82-93. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
863kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Pembangunan pesat masa kini menyaksikan bangunan daripada tipologi bangunan tinggi mendominasi latar langit bandar-bandar di seluruh dunia, terutamanya bandar komersial dan perdagangan. Situasi ini lahir daripada masalah kekurangan tanah, memandangkan tanah adalah satu komoditi yang amat terhad. Semakin kurang tanah, semakin tinggi nilainya lebih-lebih lagi apabila plot tanah tesebut terletak di lokasi strategik, seperti di kawasan bandar ataupun berdekatan dengan hab pengangkutan. Harga tanah yang kian melonjak memaksa pembangun untuk memanfaatkan penggunaan tanah dengan optimum agar pembangunan yang dibina dapat menjamin pulangan yang setimpal. Maka, plot tanah digunakan semaksimum yang mungkin untuk pembinaan bangunan, dan sedikit sahaja ruang dijadikan untuk tujuan landskap. Memandangkan landskap merupakan salah satu perkara yang wajib disediakan oleh pihak pembangun bedasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, arkitek dan pembangun datang dengan pelbagai idea dan cara untuk mereka membentuk landskap pada bangunan tinggi. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pendekatan yang diguna pakai oleh pembangun dan arkitek dalam reka bentuk landskap pada bangunan tinggi. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian pustaka terlebih dahulu, lalu disertakan dengan beberapa buah kajian kes. Kajian ini juga membincangkan pendekatan reka bentuk landskap yang diaplikasikan dalam jenis bangunan yang berbeza. Hasil kajian ini merungkai beberapa contoh bangunan tinggi di Malaysia berserta pendekatan landskap yang diguna pakai pada bangunan tersebut bepandukan situasi, status, dan konteks bangunan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Landskap; Bangunan tinggi
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19651
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2022 04:14
Last Modified:12 Sep 2022 00:57

Repository Staff Only: item control page