Pendekatan rekabentuk bangunan tinggi dalam konteks perbandaran : kajian kes di Korea Selatan

Nurul Nazifa Nordin, and I.M.S. Usman, and R. Sharif, (2020) Pendekatan rekabentuk bangunan tinggi dalam konteks perbandaran : kajian kes di Korea Selatan. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 13 (1). pp. 94-115. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Pada masa kini, bandar-bandar di seluruh dunia telah berkembang maju dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang gah dan moden. Pertumbuhan yang pesat ini sukar dikawal sehingga kebanyakkan bandar telah kehilangan identiti asalnya dan keperluan serta kepentingan penduduk bandar diketepikan bagi memberi ruang untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Namun begitu, isu ini kian mendapat perhatian pihak-pihak yang terlibat seperti arkitek dan jururancang bandar bagi memastikan keperluan dan keselesaan penduduk bandar tetap diutamakan disamping mengharungi arus pemodenan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendekatan reka bentuk bangunan tinggi dalam konteks persekitaran bandar (urbanscape) dan mengenalpasti serta mengkaji kualiti reka bentuk bangunan tinggi dalam mengukuhkan fabrik bandar menggunakan cerakinan teori Responsive Environments. Kajian kes dijalankan di dua bangunan tinggi di Korea Selatan iaitu Menara Twin Tree dan Urban Hive yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul kerana mempunyai karakter setempat yang berbeza. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini adalah melalui kajian pustaka, pemerhatian dan juga temubual bersama arkitek Urban Hive iaitu Kim Incheurl. Hasil daripada kajian ini dapat memberi maklumat tambahan tentang bagaimana bangunan-bangunan tinggi ini direkabentuk dan disesuaikan dalam persekitaran bandar serta mampu menampung kehendak penduduk bandar sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan; Rekabentuk; Bangunan tinggi; Persekitaran bandar
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19652
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2022 04:18
Last Modified:12 Sep 2022 00:58

Repository Staff Only: item control page