Transformasi tipologi bangunan kediaman di perkampungan bandar. Kajian kes : Kampong Bharu, Malaysia

Mohd Iskandar Abd Malek, and Noorsaidi Mahat, (2020) Transformasi tipologi bangunan kediaman di perkampungan bandar. Kajian kes : Kampong Bharu, Malaysia. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 13 (1). pp. 151-163. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/5...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti transformasi tipologi pada bangunan kediaman ke atas kajian kes yang membawa kepada pembentukan dan perubahan fabrik bandar di Kampong Bharu. Kajian Kes Kampong Bharu dipilih kerana ia merupakan salah satu perkampungan bandar dengan landskap budaya Melayu di Kuala Lumpur serta komuniti tunggal yang mendiami kejiranannya. Kedua, transformasi tipologi kediaman di Kampong Bharu dikaji sebagai usaha untuk memahami lebih terperinci mengenai proses perubahan rupa bentuk bandar yang di sebabkan oleh tekanan pembangunan di sekelilingnya. Kaedah penyelidikan yang digunakan ini adalah dengan pemerhatian di tapak kajian serta menganalisis tipologi dan morfologi pada kajian kes. Kaedah kajian yang dijalankan adalah bagi mengenal pasti corak typologi bangunan dan perubahan morfologi bandar yang terbentuk dan berubah mengikut perubahan zaman, masa dan fasa pembangunan. Dengan itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh ini akan dimanfaatkan sebagai pendedahan dan panduan kepada badan-badan profesional seperti arkitek, perakabandar, serta pihak berkuasa tempatan dalam memahami corak transformasi tipologi perumahan di perkampungan bandar Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Item Type:Article
Keywords:Tipologi bangunan; Perkampungan bandar; Identiti tempat; Kampong Bharu
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:19656
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2022 04:50
Last Modified:12 Sep 2022 01:32

Repository Staff Only: item control page