Analisis perbandingan kualiti udara semasa pandemik Covid-19 di bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bandaraya Petaling Jaya

Abdul Hakim Ramli, and Mohd Azlan Abdullah, (2021) Analisis perbandingan kualiti udara semasa pandemik Covid-19 di bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bandaraya Petaling Jaya. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
426kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap yang berisiko sebelum daripada pandemik Coronavirus Disease (COVID-19). Pada tahun 2019 IPU mencatatkan kadar tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300) ekoran daripada pencemaran semasa dan jerebu rentas sempadan. Meskipun begitu, tahap IPU semasa penularan COVID-19 telah mendorong pelaksanaan PKP 1.0 oleh Perdana Menteri Malaysia dari 18 Mac hingga 3 Mei 2020 di seluruh Malaysia sehingga mengubah kualiti udara yang lebih bersih. Justeru, tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis perbandingan IPU di kawasan bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bandaraya Petaling Jaya pada tahun 2019 dan 2020. Kajian ini menggunakan kaedah pemerolehan data IPU daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mengumpul data secara lapangan yang melibatkan borang soal selidik. Teknik penganalisisan data secara deskriptif dan inferensi mendapati tahap IPU berada pada tahap baik (0-50) berbanding sebelum penularan COVID-19. Sehubungan itu, Statistical package for the social sciences (SPSS) versi 25, mendapati fasa PKP 1.0 menggariskan Standard Operating Procedure (SOP) yang lebih ketat berbanding PKPB dan PKPP terhadap intensiti sosioekonomi serta sikap dan respon masyarakat. Kesimpulannya, kajian ini penting dalam menentukan inisiatif perundangan, bukan perundangan dan penganalisisan The Law Library of Congress, Global Legal Research Center berdasarkan Regulation of Air Pollution June 2018 untuk digeneralisasikan kepada persekitaran lestari.

Item Type:Article
Keywords:Analisis IPU; Tahap IPU; Tempoh masa; Sosioekonomi; Sikap dan respon
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19682
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Sep 2022 06:57
Last Modified:12 Sep 2022 03:37

Repository Staff Only: item control page