Pendidikan hati dalam membina akhlak manusia

Nor Shahira Izzati Zukry, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, (2021) Pendidikan hati dalam membina akhlak manusia. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (2). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
272kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Pendidikan hati memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk akhlak seseorang. Hati dijadikan pada asalnya suci seperti kain putih yangtiada kekotoran. Mutakhir ini terdapat segelintir manusia tidak mampu menjaga hati mereka dan melampaui batas dalam menyakiti hati orang lain. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji peranan hati dalam mendidik akhlak manusia dengan lebih terperinci supaya ia menjadi dorongan dan rujukan kepada manusia dalam mendidik hati mereka. Bagi mencapai objektif ini, metode kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah dokumentasi seperti merujuk sumber primari dan sumber sekunder telah digunakan. Data sekunder seperti rujukan artikel jurnal, keratan akhbar serta buku ilmiah dan sebagainya. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kepentingan pendidikan hati adalah sangat perlu diutamakan bagi menjamin akan baiknya tingkah laku seseorang individu itu. Oleh itu, menjadi keharusan kepada kita supaya menjaga dan mendidik hati kita agar sentiasa diisi dengan elemen kerohanian dan kejiwaan agar ianya tetap terpelihara dan sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan sekaligus dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Kajian ini mengandungi konsep hati menurut Islam serta peranan hati dalam mendidik akhlak manusia.

Item Type:Article
Keywords:Hati; Tingkah laku; Akhlak; Pendidikan; Manusia
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19684
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Sep 2022 07:10
Last Modified:12 Sep 2022 03:39

Repository Staff Only: item control page