Pengaruh kemasukan migran Indonesia terhadap kesejahteraan ekonomi penduduk di Tawau, Sabah

Nurasyiva Juda, and Rosniza Aznie Che Rose, (2021) Pengaruh kemasukan migran Indonesia terhadap kesejahteraan ekonomi penduduk di Tawau, Sabah. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (2). pp. 1-18. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
459kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membahaskan mengenai isu yang sering berbangkit di kawasan kajian ini iaitu mengenai pengaruh kedatangan migran Indonesia terhadap kesejahteraan penduduk tempatan di Tawau, Sabah. Isu ini sering terjadi kepada penduduk tempatan yang sememangnya telah lama hidup dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia sehingga dapat menjejaskan keadaan kesejahteraan mereka. Oleh itu, dengan kajian yang dijalankan ini pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan isu ini iaitu mengkaji mengenai pengaruh migrasi masuk penduduk Indonesia terhadap kesejahteraan warga tempatan dari aspek ekonomi. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini yang telah dibina iaitu, mengenalpasti penduduk tempatan yang tinggal dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia, mengkaji pengaruh migrasi masuk penduduk Indonesia terhadap kesejahteraan penduduk tempatan dalam aspek sosioekonomi dan mencadangkan langkah dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan di Tawau, Sabah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis hybrid iaitu dokumen dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 95 orang responden yang mewakili setiap ketua isi rumah yang berwarganegara Malaysia sahaja dalam kalangan yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Berdasarkan daripada hasil kajian yang diperoleh, terdapat 76 % responden memang menetap dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia di daerah ini yang sangat berpotensi untuk dipengaruhi oleh migran tersebut. Oleh itu, diharapkan agar isu lambakan migran Indonesia di daerah ini dapat diatasi dengan sebaiknya untuk mengelakkan pengaruh negatif ke atas penduduk tempatan semakin meningkat.

Item Type:Article
Keywords:Migrasi masuk; Kesejahteraan; Persekitaran yang sama; Aspek sosioekonomi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19685
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Sep 2022 07:15
Last Modified:12 Sep 2022 03:46

Repository Staff Only: item control page