Siti Zulaika Muhammad Yusof, and Junaidi Awang Besar, (2021) Sentimen politik semasa di kawasan DUN Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (2). pp. 1-15. ISSN 2600-9501
|
PDF
315kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...
Abstract
Perubahan landskap politik pilihan raya di negara ini telah mengundang pelbagai sentimen di kalangan rakyat Malaysia. Persepsi yang dilontarkan pula berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh banyak faktor seperti maklumat politik semasa dan isu politik itu sendiri. Bermulanya situasi pandemik Covid-19, transisi politik berlaku dengan lebih ketara sama ada di peringkat nasional, negeri dan DUN. Mutakhir ini juga, senario politik sedemikian menyebabkan sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan politik pengundi di masa hadapan. Justeru itu, tujuan artikel ini ditulis untuk menganalisis sentimen politik semasa di kawasan DUN Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang meliputi sosal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati responden banyak memperoleh maklumat politik dan berita melalui media elektronik kerana lebih dipercayai. Majoriti responden juga menyifatkan keadaan politik semasa di kawasan kajian adalah masih baik dan berpuas hati walaupun terdapat isu semasa yang tidak sepenuhnya ditangani oleh pentadbir di kawasan DUN Paya Jaras. Namun begitu, kajian juga mendapati bahawa ramai juga yang tidak mengambil tahu tentang isu semasa berkaitan politik di kawasan kajian. Responden juga berharap agar politik dan pentadbiran dilaksanakan dengan adil, berintegriti dan profesional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Politik pilihan raya; Sentimen; Persepsi; Isu politik; Pilihan politik pengundi |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 19686 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Sep 2022 07:20 |
Last Modified: | 12 Sep 2022 03:47 |
Repository Staff Only: item control page