Pendidikan vernakular : masalah dan cabaran British dalam pembangunan pendidikan di Melaka

Siti Maisarah Othman, and Suffian Mansor, (2021) Pendidikan vernakular : masalah dan cabaran British dalam pembangunan pendidikan di Melaka. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (2). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
232kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Artikel ini merupakan suatu penelitian yang menyentuh permasalahan dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka dari tahun 1826 hingga tahun 1940-an. Ia melibatkan pertembungan sudut pandang dan perspektif antara semua kaum termasuklah kaum Melayu, Cina, India dan Inggeris yang terdapat di Melaka. Pertembungan stereotaip ini timbul disebabkan oleh dasar polarisasi British ke atas semua kaum di Melaka sehingga memberi impak terhadap pembangunan sistem pendidikan British itu sendiri. Polarisasi terhadap sistem pendidikan ini menjadikan setiap kaum termasuklah kaum Cina dan India ingin mengamalkan sistem pendidikan secara persendirian secara tidak langsung menyebabkan British terpaksa berhadapan dengan masalah dan cabaran tertentu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan arkib serta kaedah lapangan bagi mendapatkan data. Oleh itu, kertas kajian ini akan menyentuh mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh British dalam memastikan sistem pendidikan vernakular dapat dilaksanakan di Melaka, serta langkah yang berkesan dapat diambil dalam menangani konflik di antara ketiga-tiga kaum utama ini.

Item Type:Article
Keywords:Akta Kod Pekerja 1912; Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920; Pemberian bantuan; Akta Pendidikan Wajib 1902; Pendidikan vernakular
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19687
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Sep 2022 07:25
Last Modified:12 Sep 2022 03:48

Repository Staff Only: item control page