Pengenalan awal kisah Sarah dalam al-Quran

Ainul Mardhiah Ahmad Badaruddin, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, (2021) Pengenalan awal kisah Sarah dalam al-Quran. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (2). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
208kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Kepelbagaian kisah dalam al-Quran bertujuan supaya umat Islam mengambil pengajaran daripada sejarah yang lalu. Ada perkara yang perlu dicontohi dan ada pula yang perlu untuk dielakkan. Kisahkisah ini meliputi pelbagai golongan, termasuklah Wanita. Salah satu kisah Wanita yang diceritakan dalam al-Quran ialah kisah Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim AS. Namun, kajian tentang Sarah kurang mendapat perhatian berbanding isteri kedua Nabi Ibrahim iaitu Hajar. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan pengenalan awal berkenaan dengan latar belakang Sarah dan sirahnya dalam al-Quran. Metodologi yang digunakan ialah kualitatif dengan rekabentuk kajian teks. Teks yang dipilih ialah Tafsir al-Azhar karya Prof Dr Hamka. Hasil kajian mendapati kisah Sarah diceritakan dalam tiga surah yang berbeza iaitu Surah Hud, Surah al-Hijr dan Surah Ad-Dzariyat. Kisah ini wajar untuk mendapat perhatian yang seimbang seperti perbincangan yang berlaku terhadap Hajar. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa Tafsir al-Azhar menggunakan pendekatan tafsir ilmi. Hamka mengetengahkan teks ayat al-Qur’an dengan maknanya untuk membantu pembaca lebih memahami maksud dan kandungan sesebuah ayat.

Item Type:Article
Keywords:Kisah; Sarah; Al-Quran; Tafsir al-Azhar
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19689
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Sep 2022 07:40
Last Modified:12 Sep 2022 03:50

Repository Staff Only: item control page