Perubahan politik negeri Terengganu : kajian kes di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Farah Farhana Zulkefli, and Junaidi Awang Besar, (2021) Perubahan politik negeri Terengganu : kajian kes di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (2). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/1...

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2018 telah menyaksikan berlakunya perubahan politik dengan kejayaan PAS menawan kembali negeri Terengganu selepas memenangi 22 kerusi DUN. Senario ini tidak asing lagi dalam pemerintahan negeri Terengganu kerana ia sering bertukar ganti sejak dahulu lagi hinggalah kini yang hanya melibatkan persaingan sengit antara PAS dan BN sahaja. Justeru itu, adalah menjadi tujuan penulisan ini untuk mengkaji perubahan politik negeri Terengganu di kawasan DUN Bukit Besi. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kepada soal selidik terhadap 50 orang responden, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Stastistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0 yang dipersembahkan data bentuk jadual dan rajah. Hasil kajian mendapati bahawa sumber maklumat politik yang paling dipercayai responden adalah media cetak dan media elektronik. Seterusnya, keinginan responden melakukan perubahan politik disebabkan oleh kejayaan PAS, isu dalaman negeri, isu negara dan perubahan sokongan. Dapatan kajian juga mendapati senario politik semasa menunjukkan berlakunya kerjasama BERSATU-PAS dalam pembentukan PN Terengganu dan kerapuhan kerjasama UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional. Kesimpulannya, diharapkan kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, sebagai data tambahan di samping dapat dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada pihak yang terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Perubahan politik; Sumber maklumat; Kejayaan PAS; Perubahan sokongan; Senario politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19691
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Sep 2022 07:53
Last Modified:12 Sep 2022 03:51

Repository Staff Only: item control page