Peranan objektifikasi tubuh terhadap kesihatan mental dalam kalangan generasi Y dan Z di Selangor

Aina Nabila Ali Mahamad, and Hilwa Abdullah @ Mohd Nor, (2022) Peranan objektifikasi tubuh terhadap kesihatan mental dalam kalangan generasi Y dan Z di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
320kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Objektifikasi tubuh adalah proses individu menjadikan diri mereka seperti objek yang wujud akibat pandangan orang lain terhadap mereka. Norma budaya ini mengandaikan individu melalui pengalaman objektifikasi tubuh membawa kepada risiko kesihatan mental seperti penghargaan kendiri dan simptom kemurungan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan objektifikasi tubuh terhadap kesihatan mental dalam kalangan generasi Y dan Z di Selangor. Kajian mengkaji tahap pengetahuan responden mengenai objektifikasi tubuh serta hubungan antara body surveillance dan body shame terhadap penghargaan kendiri. Kajian kuantitatif bersifat tinjauan ini melibatkan seramai 418 responden. Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu Objectified Body Consciousness Scale (body surveillance dan body shame) dan Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan responden tentang objektifikasi tubuh adalah rendah. Analisis Korelasi Pearson yang dijalankan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara body surveillance dan body shame terhadap penghargaan kendiri dalam generasi Y dan Z. Justeru, kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang pentingnya isu objektifikasi tubuh ini yang dapat menjadi faktor kepada gangguan kesihatan mental.

Item Type:Article
Keywords:Objektifikasi tubuh; Body surveillance; Body shame; Penghargaan kendiri; Generasi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19692
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2022 00:47
Last Modified:13 Sep 2022 01:15

Repository Staff Only: item control page