Hubungan di antara kebimbangan dan kepuasan hidup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Nur Najwa Hussein, and Muhammad Ajib Abd Razak, (2022) Hubungan di antara kebimbangan dan kepuasan hidup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
221kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula diperkenalkan pada Mac 2020 menjejaskan kesejahteraan psikologikal individu terutamanya dalam kalangan pelajar. Oleh itu adalah wajar untuk mengkaji keadaan kesihatan mental pelajar dari segi kebimbangan dan kepuasan hidup. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengukur hubungan dan tahap kebimbangan dan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar semasa dalam PKP. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan keratan lintang (crosssectional survey)secara kuantitatif. Seramai 165 responden yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana telah terlibat dalam kajian ini. Dua alat ujian telah digunakan iaitu The Satisfaction with Life Scale(SWLS) danThe State-Trait Anxiety Inventory (STAI). Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan korelasi pearson. Hasil kajian menunjukan terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan dan kepuasan hidup pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan tahap kebimbangan pelajar berada pada tahap yang rendah dan tahap kepuasan hidup berada pada tahap yang tinggi.Hasil kajian ini menunjukkan, walaupun PKP berlangsung dalam tempoh yang agak lama tetapi para pelajar mempunyai keadaan kesihatan mental yang baik. Tambahan pula, pelbagai program dan intervensi yang diberikan oleh pihak Universiti, beserta sokongan keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah telah membantu meningkatkan kepuasan hidup dan mengurangkan perasaan kebimbangan pelajar semasa PKP.

Item Type:Article
Keywords:Kebimbangan; Kepuasan hidup; Hubungan; Perintah kawalan pergerakan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19693
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2022 00:52
Last Modified:13 Sep 2022 01:15

Repository Staff Only: item control page