Faktor sokongan dalam pilihan raya di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor

Noor Amira Sukor, and Junaidi Awang Besar, (2022) Faktor sokongan dalam pilihan raya di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
387kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Pengundi mempunyai pelbagai sebab atau alasan untuk menyokong sesuatu parti politik dalam setiap pilihan raya. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pengundi untuk membuat keputusan penting ketika hari pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis faktor sokongan dalam pilihan raya di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 48 peratus responden memilih dari segi calon yang berintegriti dalam mempengaruhi keputusan memilih sesebuah parti. Seterusnya, faktor paling utama mempengaruhi responden membuat pilihan untuk mengundi ialah calon dengan 34 peratus. Seterusnya, teori atau model perlakuan mengundi yang paling tinggi ialah manifesto pilihan raya 54 peratus. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya, menambah sumber rujukan kepada semua pihak, menjadi panduan kepada pihak yang berkaitan dan strategik pelaksanaan dasar awam dan gerak kerja dalam pentadbiran.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya; Faktor sokongan; Calon; Perlakuan mengundi; Politik pilihan raya
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19694
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2022 00:59
Last Modified:13 Sep 2022 01:16

Repository Staff Only: item control page