Perbandingan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X,Y dan Z

Moganasri Maninathan, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2022) Perbandingan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X,Y dan Z. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
332kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kajian ini meneliti perbandingan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z. Dalam kajian lepas, penggunaan leksikal Tamil antara generasi hanya dilakukan antara satu generasi tertentu sahaja tanpa meneliti secara terperinci penggunaan leksikal antara beberapa generasi, seterusnya mengenal pasti perbezaan yang wujud antara generasi. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kategori leksikal yang digunakan oleh generasi X, Y dan Z mengklasifikasikan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z dan akhir sekali menganalisis data leksikal Tamil yang digunakan oleh generasi X, Y dan Z dengan menggunakan model pembentukan kata oleh Yule.G. Data kajian diperolehi daripada soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada 150 responden dari 4 buah negeri di Malaysia iaitu, Kuala Lumpur dan Klang di Selangor, Tanjung Pillai dan Sengkang Kulai di Johor, Ipoh dan Gopeng di Perak dan akhir sekali Cameron Highlands di Pahang. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya 6 pengkategorian leksikal Tamil antara generasi iaitu, pemajmukan, campuran, derivasi, pemendekan, peminjaman dan penciptaan berdasarkan model Yule.G. Antara keenam-enam kategori ini kategori penciptaan digunakan secara berleluasa dalam pembentukan leksikal Tamil antara generasi. Kesimpulannya, walaupun perbezaan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, namun begitu, masih terdapat perbezaan penggunaan leksikal.

Item Type:Article
Keywords:Pembentukan kata; Bahasa Tamil; Leksikal; Kategori; Generasi X,Y dan Z
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19695
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Sep 2022 01:13
Last Modified:13 Sep 2022 01:17

Repository Staff Only: item control page